Pages

Tuesday, February 21, 2012

iman dan solat

Dari Abi Umamah R.A berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
"wahai Pesuruh Allah! apakah itu iman?
Baginda menjawab: "apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan merasa benci dengan amal keburukanmu, maka kamu adalah seorang yang beriman (mukmin).
(Hadis riwayat Al-Hakim)

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasullulah S.A.W pernah  "perbaharuilah iman kamu"
para sahabat bertanya: " wahai Rasulullah S.A.W bagaimanakah kami memperbaharui iman kami?"
Baginda bersabda: "perbanyakkanlah mengucap kalimah Lailahaillalah."
(Hadis Riwayat Ahmad, Tabrani dan At-Targhib)


Dari ibni Umar R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: " tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak ada wudhuk. dan tidak agama bagi orang-orang yang tidak sembahyang. sesungguhnya kedudukan sembahyang didalam agama adalah seumpama kepala kepada badan.
(Hadis Riwayat tabrani dan Targhib)

berapa kalikah kita berselawat hari ini?
berapa kalikah kita  mengucap kalimah Lailahaillalah pada hari ini?

Sunday, February 19, 2012

Al-Kauthar

surah  ke-108
terdiri dr 3 ayat (surah yang terpendek)
diturunkan di Mekah
Al-Kauthar bermaksud nikmat yang banyak atau yang lebih specific bermaksud sungai/telaga di syurga

terjemahan:
1: sesungguhnya, kami telah mengurnikanmu (wahai Muhammad) nikmat yang banyak
2: maka laksankanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah mendekatkan diri kpd Allah)
3: sesungguhnya orang yang membencimu (Muhammad) dialah yang terputus (dari rahmat Allah)

sungai/telaga Al-Kauthar ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
 Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 Pelbagai hikmah terkandung di dalam surah ini dan boleh dijadikan amalan:-

 a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
 b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
 c) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini     sebanyak 10x pada mata.
 d) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
e) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
f) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
g) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Milik siapakah telaga Muhammad ini?

for more info halaqah pada hari jumaat 24feb akan mengulas tentang telaga Kauthar ini bersama Dato' Nooh Gadut.jgn lupa saksikan..

amalkan membaca surah ini.inshaallah kita akan mendapat faedah seperti di atas.
(credit to my friends kat fb yang share pasal surah ni)

Saturday, February 18, 2012

Ya Habib Ya Muhammad s.a.w

salam kedamaian..

mood maulidur rasul masih terasa bahangnya kerana iklan dan rancangan ilmiah di tv sentiasa bercerita tentang kekasih Allah ini.. Muhammad bin Abdullah..diharapkan bukan hanya bulan rabiul awal sahaja kita mengingati baginda s.a.w namun diharapkan ingatan kita terhadap nabi kita ini sentiasa segar dan menjadi ikutan dalam setiap aspek kehidupan.semoga rasa kecintaan kepada baginda sentiasa bertambah.inshaallah..


Baginda penah bersabda "sesiapa yang mentaatiku nescaya dia telah mentaati Allah"
baginda adalah seorang sahabat,ayah,pemimpin,suami yang amat baik, sopan santun, lemah- lembut disayangi, adil, rendah hati dan patut perwatakannya boleh dijadikan role model.


baginda pernah bersabda "sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang bersopan santun terhadap isterinya"
~tidak bercakap kasar, sentiasa menolong isteri, menegur secara hikmah..
Aishah pernah berkata "Muhammad adalah suami terbaikku"

Aishah menceritakan jika baginda ingin minum susu, baginda memerah sendiri susu kambing dan jika baju baginda koyak baginda sendri akan menjahitnya.


pada suatu pagi baginda bertanya kepada Aishah: 
"Ya Khumaira (panggilan untuk Aishah) makanan apakah yang kamu sediakan pada pagi ini?"
dengan serba salah Aishah menjawab : "aku belum sediakan apa-apa"
baginda menjawab: "jika begitu aku ingin berpuasa sahaja hari ini"

baginda menjawab dengan penuh sopan tanpa perasaan marah terhadap isterinya..kepimpinan baginda sebagai suami harus menjadi ikutan.
~jangan lupakan banyakkan berselawat~ ;)

Friday, February 17, 2012

the greatest day

salam jumaat jika semalam hari khamis..
memandangkan hari ini hari jumaat so aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu tentang penghulu segala hari ini..jumaat is the greatest day..jika dibandingkan dengan bulan ramadhan hari jumaat lebih baik..
semua orang maklum pada hari jumaat seluruh muslim berkumpul untuk menunaikan solat jumaat 2 rakaat disertai khutbah sebelum solat..begitu besar fadilat dan pahala pada hari jumaat..

Nabi pernah bersabda: "sebaik-baik matahari yang terbit adalah pada hari jumaat"
"sesiapa yang mengamalkan 5 sunnah sebelum solat jumaat ia akan mendapat pahala seperti solat dan berpuasa selama setahun.antara sunnahnya ialah: mandi sunat jumaat, memakai pakaian terbaik dan bersih sebaik2nya putih kerana warna kegemaran nabi ialah putih, memakai wangian/losyen, berjalan kaki ke masjid jika jarak perjalan tidak jauh (setiap langkah akan mendapat pahala) dan yang ke-lima ialah duduk disaf hadapan dan bersedia untuk mendengar khutbah serta tidak bising".

selain itu, "para malaikat akan menjaga disetiap pintu masjid dan mencatat setiap nama yang secara berturutan dan barangsiapa sampai setelah khutbah dimulakan nama mereka tidak akan dicatat kerana malaikat telah selesaikan menjalankan tugasnya dan bersedia untuk mendengar khutbah".

"kita juga disunatkan banyak berselawat pada hari jumaat, sesungguhnya ia disaksikan oleh para malaikat" (hadis riwayat Ibnu Majah)

"sesungguhnya disunatkan membaca Surah Kahfi pada malam jumaat inshaallah kamu akan terlindung dari fitnah dajal dan dilindungi dari malapetaka sehingga tiba yang jumaat berikutnya"

tambahan: antara adab ketika mendengar khutbah ialah: menumpukan sepenuh perhatian, tidak berbuat bising, duduk berdekatan khatib, mengamalkan pesanan khutbah tersebut. aku juga pernah mendengar pernah kata jika kita berbuat bising ketika khutbah atau kita tidak menghadirkan diri untuk mendengar khutbah secara sengaja pahala jumaatnya tidak akan dikira.



jadikan amalan ;)

Saturday, February 4, 2012

12 rabi awal

salam maulidur rasul..
12 rabi awal 1433H

sudah satu sem aku x update blog ni..
no time n no intrnet..malas pun ada..
n kekadang xingt password..
last post aku tyme ari raya..
alhamdulillah da abes 1 sem lg..
bnyk mende yg aku belaja this sem..
anyway,i just warm up my blog..

one more things:
salam maulud,bnykkan berselawat..
nescaya tidak akan celaka kamu..
1x selawat=10x Allah berselawat ke ats kita..
amalkan sunnah rasul dlm setiap aspek kehidupan..
berpegang teguh dgn Al-Quran..
inshaallah selamat dunia akhirat..

plus; selamat hari lahir to my dad
kebetulan this year same hari dgn maulidur rasul..
moga Allah pnjgkan umur n murahkan rezeki ayh..
amin ;)

Sunday, September 4, 2011

alhamdulillah

muharam
safar
rabiulawal
rabiulakhir
jamadilawal
jamadilakhir
rejab
syaaban
ramadhan
syawal
zulkaedah
zulhijjah

syukur alhamdulillah setelah sebulan syawal menjelma lg..
selamat hari raya aidilfitri buat semua yg mengenali diri ini tak kira dimana berada,jauh ke dekat, lelaki ke perempuan, dan kpd muslimin seluruh dunia yg menyambut aidilfitri..ampun maaf dipinta..semoga ramadhan yang berlalu dpt membersihkan jiwa dan hati kite..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kite dan menjdkan diri kite hamba yang bertaqwa..
inshaallah dengan izinNYA..

semoga Allah menerima puasa kite dan semoga kite ikhlas melakukanNya semata-mata kerana Allah keran puasa itu milik Allah dan Dia jualan yg berhak membalasnya..

salam syawal ikhlas dri hamba yg selalu lalai..













Friday, August 5, 2011

marhaban ya ramadhan

salam

syukur alhamdulillah this year kite dpt bertemu lagi dengan ramadhan..
bulan yg penuh keberkatan..
semua syaitan diikat..pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga dibuka..
bulan yang mana diturunkan Al-Quran yakni mlm lailatul Qadar bersamaan dengan seribu bulan..Beruntungla orang2 yang dpt berjumpa dengan malam ini..inshaallah

alhamdulillah Allah makbulkan doa kite agar kite dpt bertemu lagi dengan ramdhan al-mubarak ni..
so gunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin agar kite menjadi hamba yang bertaqwa..

salam ramadhan to all muslim in the world.. 

inshaallah...