Pages

Sunday, September 4, 2011

alhamdulillah

muharam
safar
rabiulawal
rabiulakhir
jamadilawal
jamadilakhir
rejab
syaaban
ramadhan
syawal
zulkaedah
zulhijjah

syukur alhamdulillah setelah sebulan syawal menjelma lg..
selamat hari raya aidilfitri buat semua yg mengenali diri ini tak kira dimana berada,jauh ke dekat, lelaki ke perempuan, dan kpd muslimin seluruh dunia yg menyambut aidilfitri..ampun maaf dipinta..semoga ramadhan yang berlalu dpt membersihkan jiwa dan hati kite..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kite dan menjdkan diri kite hamba yang bertaqwa..
inshaallah dengan izinNYA..

semoga Allah menerima puasa kite dan semoga kite ikhlas melakukanNya semata-mata kerana Allah keran puasa itu milik Allah dan Dia jualan yg berhak membalasnya..

salam syawal ikhlas dri hamba yg selalu lalai..













Friday, August 5, 2011

marhaban ya ramadhan

salam

syukur alhamdulillah this year kite dpt bertemu lagi dengan ramadhan..
bulan yg penuh keberkatan..
semua syaitan diikat..pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga dibuka..
bulan yang mana diturunkan Al-Quran yakni mlm lailatul Qadar bersamaan dengan seribu bulan..Beruntungla orang2 yang dpt berjumpa dengan malam ini..inshaallah

alhamdulillah Allah makbulkan doa kite agar kite dpt bertemu lagi dengan ramdhan al-mubarak ni..
so gunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin agar kite menjadi hamba yang bertaqwa..

salam ramadhan to all muslim in the world.. 

inshaallah...

Friday, July 29, 2011

Tiger vs Singa

28 July 2011
8.45pm-10.45pm
Stadium Bukit Jalil,Kuala Lumpur

85000 penyokomg Malaysia n 500 peyokong Singapura..
Tp harapan kite berkecai..
im sure ramai yg bersedih dan hampa..
tp kalah menang tu adat..
mereka da cuba yg terbaik..
diharapkan sokogan peminat tidak terhenti di sini..

 Khairul Fahmi Che Mat..termenung penuh kehampaan..tp aku salute die cz mampu menyelamatkan bnyk percubaan gol dr singapore..


 Players Singapura kegembiraan selepas berjaya dengan agregat 6-4

 Safee antara pemain terbaik Malaysia



Go Go Malaysia!





Tuesday, July 26, 2011

The King of Stink


Salam..
post kali ni about the king of fruit or the king of stink which is Durian..this fruit very famous at Southeasts asia..aku pun gile durian!mmg best kot kalo mkn durian..perghh bau die mmg kuat..kalo xdpt mkn dpt bau jd la.. 
The fruits are large, yellowish green and thorny, and inside are soft, pungent, pale yellow aril. Durian comes from the Malaysian word duri, which means 'thorn', as the fruits are very thorny..
kalau jatuh kat kepala mmg msuk ward la..kalo sape yg x suke n x bole bau durian mmg rugi..rugi sngt2...hehe..alhamdulillah this year bnyk kali gak aku dpt mkn durian..mcm2 rase n mcm rupe..tp yg penting menjilat jari..tp kat hotel durian are not allowed pasal bau die..Biase musim durian saing dgn musim manggis..fuhh mmg best nikmat yg Allah bg ni..



mesti kite xprnh tgk kan durian isi colour merah cmni?ni durian from indonesia kalo xslp...tu la hebatnye ciptaan DIA..mcm2 ade..


 Ni durian n manggis...luar gelap tp dlm putih bersih..mmg best..fav fruit aku..
nyummyyyy... :)
 Haa ni baru local punye..yg paling famous kat malaysia is durain jenis D24 yg mmg kacuk..perghh rase die mmg best tp mahal la..kdg2 smpai rm10 sekilo..
Moh mkn durian!
Makan la buah-buahan tempatan... :)                                                  

Sunday, July 24, 2011

Grrrrrrr

salam..
bersamaan 19 July 2011 berlakula peristiwa yg menyayatkan hati aku...huhu
barang yg paling aku syg n penting dlm hidup aku hampir rosak disebabkan tgn damia..huhu..nape la mia buat mak de cmni..da la xde duit nk tuka spek bru..baru pkai xsmpai setahun da rosak..

ingtkan buat spek cmni susa rosak tp tgn mia gagah perkasa hampir nk patah spek aku..aku syg gile kat spek ni..huhu...1st tyme aku buat spek semahal ni..mlm tu aku nangis sepnjg mlm.sedey gile rasenye..geram pun ade rase nk cabut gigi damia..


Inilah jasa damia kat aku..buat khazanah la spek ni pasni..masuk muzium..ade sesape nk bg duit utk aku buat spek baru x?huhu..
sedih taw i..aku ni rabun.. 

adamia

salam..
da lame x syok cite pasal dri sndri..disebabkan ramai kwn2 yg tanye ape aku buat tyme cuti ni n di mane aku..ni jwpn die..alhamdulillah da hampir 3 bulan sem break..rase da naik berkarat otak ni pasal da lame x serabutkan otak dgn testes,assignments n quiz..nxt week da puase..so aku nk blik uma..nk spend tyme puase dgn mak ayh plak..da 4 thun xdpt puase same2..sedey taw duk jauh2..huhu..bkn sng nk dpt cuti waktu rmdhn xyah g cls..this year je dpt peluang ni..so aku nk gunakan sebaik mungkin..

now aku kat s.alam umah akak aku..da 2 bulan jd baby sitter..1stly aku takut aku xley nk adapt dgn tanggungjwb ni tp alhamdulillah semua ok..damia dpt adapt n rapat gile dgn aku..now die kat ward ppum..da 3 hari..cpt sht yea syg..2 bln lepas my nephew si adam 2 minggu kat ward hospital serdang..now damia's turn..cian budak2 ni..
mak nk blik!rindunye kat adam.. :(



Friday, July 8, 2011

Isa Al-Masih dan Maryam

salam..jika previous post aku post pasal nabi Musa dan yahudi tapi post kali ni pasal Isa dan Maryam..seorg Rasul yg juga diutuskan kpd kaum yahudi tetapi diangkat ke langit setelah cubaan kaumnya utk membunuh Isa..kisah nabi Isa dan Maryam merupakan bukti yg kukuh bahawa Allah itu Maha Berkuasa..
Kisah anak yg dilahirkan oleh Maryam  tanpa berkahwin dan beliau merupakan seorg wanita suci yg telah dipilih utk menjadi ibu kpd Isa..Antara tanda-tanda kekuasaanNya yg lain adalah Nabi Isa boleh berckp ketika dlm buaian, menghidupkan orang yang mati dan mengubati org yg buta..

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. [17] 
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya[18]
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa. [19]
Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakanseorang anak yang suci".[20]
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" [21]
Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. [22]
Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. [23]
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! [24]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. [25]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. [26]
"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana(Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini". [27]
Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! [28]
" Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" [29]
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?" [30]
Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. [31]
Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. [32] 
" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. [33]
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". [34]
Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya. [35]

banyak pengajaran yg kite dpt amik drpd surah ni..dan surah ni menjadi bukti kekuasaan Allah dan Allah itu Maha Esa dan Isa itu bkn ank Allah seperti yg dipercayai oleh agama lain.. 

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia. [36] Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul  lurus ".  [37]
(surah Maryam ayat 17-37) 

Thursday, July 7, 2011

kisah Nabi Musa dan Yahudi

salam..rindunye kat blog aku ni..lame gile x update..actually aku tgh pk nk post pasal ape..
so pk punye pk aku pilih tajuk ni..hopefully bermanfaat.. ;)
fyi, nabi musa diutuskan kpd kaum yahudi..Nabi Musa telah menolong kaum yahudi drpd kekejaman Firaun..tetapi as we know dorg kn mmg fasik,tamak n x kenang budi..
meh cite sket ye why yahudi nk sngt palestin tu..

Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".[21] 

(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".[22]

Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".[23]

Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"[24]

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".[25]

Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".[26]

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (disepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".[27]
(surah Al-Maidah ayat 21-26) 
inilah sedikit sebanyak yg aku dpt share.actually mereka xde tmpt pun kat bumi ni disebabkan kesombongan mereka..cerita ni bukan rekaan tp aku amik drpd tafsir Al-Quran..kalo nk tahu lebih lanjut plz refer to Al-Quran.. :)

Thursday, June 16, 2011

warm..

salam..rindunya blog aku ni..almost one month aku biarkan blog aku ni tanpa update..nk wat cmne intrnet xde kat uma..ni pun aku kat ofis akak aku,dtg semata2 nk check result..fb plak block ..huhu..
fuhhh!!padan muka aku pasal result aku trun..mmg slh aku xstudy betul2..kan da malu tgk kwn2 dpt tngi..tp alhamdulillah semua lepas,xperlu aku nk repeat paper.. xgune nk menyesal da thu xpndai stil study last minute..yg penting cube lg nxt sem..bnyk mane ko usaha bnyk tu la yg ko dpt!so cik rafidah xyah nk jeles dgn org k!anyway congrats to my coursemate yg berjaya dpt dekan..solute la u all!dpt A dr.saiful punye paper..aku dpt B je kot :)

Thursday, May 19, 2011

hang out-may 2011

salam..im juz wanna share what i did!
hampir setahun tidak berjumpa dan memendam rindu tidak keruan alhamdulillah dpt jugak ktorg jmpe dan bersembang2 tanpa menghiraukan org sekeliling...terlalu bnyk nk sharing..hehe..
tngal 16 may aritu asmira n i dating n hang out together..lokasi yg dipih adalah klcc..actually bkn nk shopping pun.. xmampu kot tempat cmtu..milo ice je da berharga rm3.80..perghhh!! tp nk sembang2 al maklum la da bnyk story mory yg disimpan utk share..bile jmpe ape lg mulut pot pet pot pet cm bertih jagung n gelak sakan la..fyi,we are clsmates,if im not mistaken da nk masuk 7 years kami berkawan..jeles gile die da abes dgree n dpt offer master..n aku bru nk merangkak dlm dgree..terjatuh,tergolek semua ade kot..kisah kami bnyk persamaan n hanya aku dan dia yg tahu..aku selesa bercerita dgn die n as ni slh seorg dr bff aku..as,ape lg bf da offer nk meminang...on je la..jom la ikut jejak sy..bf da la engineer,tnggi,sepet..hehe..jgn marah yea..meh aku upload kan foto2 yg telah di foto in semasa pertemuan kami..xsabar nk jmpe awk lg..hopefully awk lepas jpj jumaat ni.nt ley bw sy naik kereta.. :))


 






all these pic available at our fb..tp sje nk upload lg..hehe..akhir kata as,i love u n i will always miss to talk n watch movie with u..terima je la pinangan wan k..hehe
(O_______________*) 

Wednesday, May 18, 2011

langit dan bumi

langit dan bumi.langit di junjung dan bumi dipijak..hujan turun dari langit tapi sungai serta laut berada di permukaan bumi..plants n animals juga berada di bumi.namun,matahari,bintang dan juga bulan berada di atas..matahari muncul pada waktu siang namun bulan dan bintang bercahaya pada malam..without sunlinght, without water n without carbon dioxide no photosynthesis..without photosynthesis no oxygen.without oxygen where are our destiny?
tiada pengeluar,tiada pengguna..so lets think together!

"Allah lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sepertimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan, Allah mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya, supaya kamu meyakini pertemuan mu dengan Tuhanmu. Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-ganang dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan".
( Ar-Ra'd:2-4)

"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orangorang yang beriman. Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini. Dan pada penggantian malam dan sing serta hujan yang diturunkan oleh Allah dari langit lalu dihidupkanNya dengan air hujan itu bumi selepas matinya. Pada perkisaran angin terdapat terdapat pula tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal. Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya. Maka, dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman selepas (kalam) Allah dan keterangan-keteranganNYa?"
(Al-Jaatsiyah:3-6)

"Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-ganang (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepada-Ku apa yang diciptakan oleh sembahan-sembahan(mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada dalam kesesatan yang nyata."
(Luqman: 10-11)

16 MaY

kami guru Malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin, 
putera puteri negara kita..

setiap kali 16 may muncul lagu ni akan berkumandang di setiap sekolah..
itulah ikrar seorang insan yg bergelar guru,cikgu,teacher,ustaz,ustazah, or whatever..
even juz a single word they teach us,org tu tetap dianggap cikgu..
n ilmu yg mereka ajar jika kita mengajarkan kpd org lain,pahala tu tetap akn berjalan asalkan ilmu tu ilmu yg bermanfaat dan di ajar dgn hati yg ikhlas..
start umur 7 thun smpai skrg aku msih belajar dri seorg insan yg bernama cikgu..
mmg betul kata-kata usman awang..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
 Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
 Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

so,selamat hari guru buat semua guru-guru.xkesah di mana anda berada jasa anda sngt besar dan tidak terbalas.guru adalah seorng yg patut dihormati selepas ibu-bapa kita..terima kasih di  ats segala ilmu yg dicurahkan untuk anak didikmu.. 


Thursday, May 12, 2011

s.a.h.a.b.a.t

salam..
sahabat,teman,kawan or rakan...
semuanya membawa maksud yang sama tetapi berbeza.
semalam terdengar kat astro oasis and rasa cam menarik untuk dikongsi..

menurut ustaz tu:  
Nabi pernah bersabda "dalam hidup ni sahabat terbahagi kepada tiga iaitu: 

~ yang pertama yang menemani kita sampai kita mati
~ yang kedua yang boleh menemani kita sampai ke tanah perkuburan
~ yang ketiga yang akan menemani kita selama-lamanya samaada di alm barzah dan akhirat..

sahabat yang dimaksudkan itu adalah:
~ yang boleh menemani kita sampai kita mati adalah harta dan rakan-rakan
~ yang boleh menemani kita sampai ke tanah perkuburan ialah saudara dan ahli keluarga
~ yang akan menemani kita di alam barzah dan akhirat ialah amal ibadat kita termasuk sedekah jariah, ilmu yang  bermanfaat serta doa anak yang soleh..


so, think for a moment..pilihla yang terbaik dalam hidup kita..
jgn terus lalai dan berlebih-lebihan...aku pun selalu lalai dan khilaf..
i juz want to remind us..

Wednesday, May 11, 2011

my sunshine..

salam..
this post is dedicated to:
puan zaimah binti hamzah n tidak lupe buat en.zakaria bin Abdullah..
mungkin agak sedikit lmbt tp xkesah la..

"selamat hari ibu buat ibuku dan seluruh wanita yg bergelar ibu"
terima kasih kerana mengandungkan kami 9 bulan, melahirkan kami dan mendidik kami..jasamu tidak terbalas..maafkan anak mu kerana selalu menyakitkan hatimu.without u mum xmungkin kami berada di muka bumi ini.seorang ibu snggup berlapar asalkan anknya kenyang,seorng ibu snggup berjaga mlm, bersengkang mata agar anaknya tidak digigit nyamuk,seorng ibu sanggup bersusah payah demi kesenangan anak-anaknya..

dan kite bile da besar sedarkah kite betapa besarnya pengorbanan seorng ibu terhadap kite?kasihi dan sayangila ibu bapa anda..i would like to remind us.hargailah ibu bapa kite sementara mereka masih anda.bg yg sudah meninggal jgn lupe berdoa utk ibu bapa kita kerana doa anak yg soleh mampu meringankan azab.. 
"ayh dan ibu,ayh dan ibu itulah permulaan kami..dpt melihat bulan dan matahari."



 cun kan mak aku?? :)

 "Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian DIa menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah." (surah Faatir:11) 

" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika merekaberdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. " (surah Al-Ankabut:8)
 
 jgn malu nk mengucapkan syg kepada ibu bapa kite.hargai mereka..
if not  kelak kite akan menyesal.
dah syg kat mak,syg ayh.syg sngt2.terima kasih mak ayh n mtk mf bnyk2.. 



Tuesday, May 10, 2011

thermophilic..

salam..korng perasan x yg semenjak dua menjak ni pns gler..mmg extreme la..mandi 23 kali pun xjd..rase nk jd thermophilic microorganism pun ad gak..korng thu x ape punca nye?td aku bace paper n dgr berita..n bru thu nape panas sngt..suhu mencecah 36.2 dgree...menurut Jabatan Metereologi kepanasan yg melampau di sebabkan ribut tropika aere di utara Filipina..ribut ni menyebabkan humidity negara kite berkurangan dan kurangnya taburan hujan serta cuaca kurang..

suhu yg paling tngi pernah dicapai ialah 38.5dgree di alor setar,2005 n 40.1 dgree di chuping,perlis (1998).factornya el nino..suhu yg tngi boleh menyebabkan sakit kulit,katarak,pening n mcm2 la..so do not expose too long to sunlight..amalkan corak makanan yg seimbang n minum bnyk air k..


 

darlingku..

im jz wanna share what i did during exm season..
smpat lg aku mengambil kesempatan utk pulang ke rmh..
ade gap 5 hri b4 nxt paper,n cuti for labour day..
tambang pun free so ape lg balik je la!
its very priceless time when we spent tyme with our fmly..
borak2,jln2,picnic2 n bermndi manda di pantai..
tu la perkara yg paling aku suke!
rase bahagia sngt..i love my fmly damn much..






terminate..

alhamdulillah bersamaan 9 may 2011, 5 jamadilakhir 1432H..
jam 1715 im officially finish my third sem..
and akn bercuti selama 4 month..
sngt best woo!! rase boley beku otak!
hopefully sngt result ok this sem...im was try my best..
mtk2 lecturer bermurah hati..
xsngup nk repeat paper da..
hope everything ok.. 
mcm2 perkara berlaku this sem..
suka duka,jatuh bangun,lulus gagal..
seriously im too lagha..


"Ya Allah jgn biarkan kami terus lalai,bimbingkan kami jln yg lurus, tetapkan lah hati kami, jgnlah Engkau palingkan hati kami drpd mengingatiMu Ya Allah, sucikanlah hati kami Ya Allah, ikhlaskan hati kami dlm setiap perkara yg kami lakukan, berikanlah kami kesejahteraan di dunia dan akhirat.ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Allah,berikan lah rahmat ke ats diri kami.jgn biarkan kami berlebih-lebihan dlm urusan kami Ya Allah..amin"

Wednesday, April 27, 2011

i like

sy suke sngt jwb paper c++ td..
sampai tertdo2..siap mimpi lg..
kalo tdo mimpi jwpn kan best..
aku rase soalan die xsusah mane pun..
tp aku ni xkreatif nk menjwb..
even da bnyk kali buat coding.. 
adoyai..kalo dpt B pun aku da bersyukur gle..
pasal mmg bile dgr cmputer programming mmg da set mind xminat..
tu yg jd xreti..pdn muke aku!
tngu punye tngu nk jwb 3 hours cm lame sngt..
kalo tngu abes mase pun xgune bkn jwpn trun dri langit..
so aku buat coding versi aku la n bla awal..
tawakal je la..da mls nk pk..
yg penting 4 papers leave..n semua hard core!
no gap plak tu..
whatever la..i jz nk announce yg i akn blik rumah esk..
jmpe mak ayh!bloody miss them! 

Sunday, April 24, 2011

why??

why??why??why??
why nk clash tyme nk exam..xkecian ke kat org..
adoyai..sedey benor aku tgk kwn2 aku ni..
n kalo nk curang pun xyah la depan mata..
kdg2 bengang tul la kalo yea pun tngu la ur gf or bf exm dlu..
then lantak la nk clash ke ape...
kalo pas clash hapy xpe gak..
ni smpai nk nangis hri2 smpai bengkak mata,
seksa diri xmo mkn tu ape kes..nangis seket2 sudah la..
pastu mkn bnyk2..baru betul..
jgn diikutkan hati yg sedey sngt xbaik,mkn dri nt..
mungkin aku ckp senang pasal aku x alaminya.
n aku hrp aku x mengalaminya..
tp bile pk balik cm org bodoh ,,
wat ape nk menangis bile org x hargai kite..
tp bile hati da syg kan 'tahi kucing pun rase coklat' ..
kalo xmo bg fully komitmen xyah la nk main2 kan perasaan org..
emo terlebey plak aku ni kan..


aku juz bengang n luahkan perasaan bg pihak kwn2 aku je..
tu je!kalo ade yg terase aku mtk maaf k..
sedey taw tgk kwn2 aku..huhu..nk nangis same pun ade gak..
just take it easy if u love that paper just let he/she go...
if he/she will turn back to u thats mean he/she are yours..
if not mmg xde jodoh..
or jz fikir mybe die bukan yg terbaik utk kite n He know better..


n remember the most important things:
"cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja,kerana boley jd dia akn jd dia akan jd org yg kau benci suatu hari nanti.dan bencilah org yg kau benci sekadarnya sahaja, kerana boley jd dia akn mnjd kekasihmu suatu hari nanti" (hadith Rasulullah). 

Saturday, April 23, 2011

bile exm tibe!insing..

sorry if u call me xdpt..dont worry now im at my uncle,s house..
battery empty..i'll call u back when im at sh.alm ok..

aku bru lepas 1 paper,economy..sib baik paper tu ok..might be pasal aku study kot..kalo x haram nk jwb dgn baik..nxt paper c++..but im stil mencari2 how to study this subject?mls betul la..mungkin pasal aku xminat sngt kot..kalo bio kn sng hafal je..aku ade mase 3 hri je lg utk aku strugle..kwn2 aku pun cm blur dgn subject ni..yg penting paper dr,saiful..aku buku buku susa betul nk fhm...perghh tgk soalan die mmg superb,,xthu jwpn die ape..clsmates aku da ready nk repeat utk paper ni..tp aku hrp semua lulus la..xmo repeat!huhu..

~aku sngt lagha kali ni..Ya Allah beri kami kekuatan,jauhkan kami drpd perkara yg melalaikan..permudahkanlah segala urusan kami.. ikhlaskan hati kami..

buat dr saiful yg jauh di mata,hrp sht selalu..
doakan kami di sini..hopefully dr sht di negara org..

Friday, April 15, 2011

lab oh lab!

1st pic:tuan haji ajar advanced biochem..tgh explain cmne nk wat experiment..
even bagai halangan n ms gle nk proceed experiment biochem ni but at last we done! 
tuan haji baik gler xprnh marah even dtg lmbt..
trademark die sabo je la..aten tu sebuk je sebelah die..


2nd pic:our beloved grandpa mr.lee..clsmates aku ckp ni papa aku..64 sui le..tp masih sihat n semangt utk mengajar..hobi die suke g lab..usha budak2 buat experiment..die suke gler cite pasal makan2,pasal boyfren,pasal babi...word yg die paling suke "u r org asli!"haha..
i like mr.lee..sngt sporting!
 
ok 3rd person:super human kite dr.saiful..the horror lecturer..semua student akan kecut perut kalo cls dgn die..gradute phd from oxford..english die mmg superb!n die mmg layak dpt gelaran profesor..actually die lecturer medical student..so the way he teach like teaching medical student la kan..haha
sngt susa nk fhm..tp xpe la..buku kn ade boley bace..nk x nk kena bace!
kalo x xkan nk jmpe die lg kot nxt sem..hrp2 lulus je paper die..bapak susah!
die sorg je yg layak ajar paper tu... 
i want to be like him..inshaallah..

3 pic above are our lecturer for this sem..
3 org lain lecturer pompuan n sorng chinese laki ajr mandarin..
gmbr ni je pun yg sempat aku curik2 amik..
aku saje nk highlight org2 yg jd idola aku...  
bangga gler dpt belaja dgn mereka!
xiexie laoshi..