Pages

Saturday, March 3, 2012

Makna disebalik Surah-surah

Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah
Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga pada hari kiamat
Surah Dukhan dapat membantu kita menghadapi Allah pada hari kiamat
Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada kefakiran
Surah Al-Mulk dapat meringankan azab dalam kubur
Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala pergaduhan
Surah Al-kafirun dapat mengelakakn kita menjadi kafir ketika menghadapi saat kematian
Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan yang munafik
Surah Al-falaq dapat menghalang hasad dengki dan sihir
Surah An-Nas dapat melindungi daripada was-was

Untuk dikongsi bersama.this info i got from facebook.actually semua surah dalam Quran tu mempunyai hikmah dan maksud tersendiri..Ayat Quran juga boleh melembutkan hati,menerangkan hati, menenangkan hati, mengubati penyakit, melindungi kita dunia dan akhirat serta menetapkan hati kita jika kita memahami dan mengamalkannya..Iqra!bacalah setiap hari walaupun satu huruf.jika kita tengok Al-Quran pun dah dapat pahala apakah lagi kalau kita membaca dan memahami..

Al-Quran adalah sumber ilmu yang datang dari Allah dan kita disarankan untuk mengkajinya..Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad saw dan rahmat daripada Allah.

Friday, March 2, 2012

its our fate

salam takziah..
hidup dan mati ketentuan Allah..
tiada siapa yang tahu bila nyawa mereka akan dicabut Malaikat Sakaratulmaut..
sakit yang paling sakit adalah sakit sakaratulmaut..

malam jumaat lepas aku sedang aku bersiap untuk solat magrib, jam1950 aku menerima satu panggilan dari sepupuku yang membawa satu berita mengejutkan..pak cik ku meninggal..abg kepada mak aku, seorang yang sangat humble..seluruh keluarga sangat terkejut bila mengetahui berita kematian ni.macam sukar untuk dipercayai.sebab arwah sebelum ni sihat je.minggu lepas sebelum aku balik ke shah alam aku baru je terserempak dengan dia naik motor..tapi sekarang jasad je yang tinggal..menuju ke alam barzah.memang sangat terkilan sebab tak dapat balik tengok arwah untuk kali terakhir..dalam sedih kami sekeluarga bersyukur sebab arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam rumah Allah sejurus sahaja menunaikan solat sunat magrib..alhamdulillah arwah mati malam jumaat..senang je ayh de mati dalam masa tak sampai pun setengah jam..orang cakap kalau nak tengok orang banyak buat dosa ke tak Allah akan tunjuk masa kita nak mati..dan orang jugak cakap sesiapa yang meninggal hari jumaat dia akan terlepas dari azab kubur..inshaallah..mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. 

nasib kita belum tentu,entah berapa tahun lagi kita hidup..mungkin esok lusa giliran kita..macam mana lah cara kita mati..mintak2 dipermudahkan..


"ya Allah berikanlah taubat sebelum kami mati, rahmat ketika kami mati dan keampunan setelah kami mati..semoga kita mati dalam iman..amin"

Thursday, February 23, 2012

new season

welcome back to uitm shah alam..
hujan yang sngt lebat menyambut kedataganku..
on 5th march new sem will begin..
but i must come early for fyp..
6th credit hours..!!
hopefully 5th semester will end with happy ending n greatest performance..
inshaallah..

selamat tingal adam,akak,adik, mak n ayh..
i will miss u all..
doakan kejayaan dan kesejahteraan anakmu disini..
to encik tunang happy birthday~sweet 28 :)

Tuesday, February 21, 2012

alhamdulillah

final examination result for semester 1 2011/2012 will be sent through email to all student on 22nd Feb 2012. The final examination result also can be accessed beginning 9.00 am, 22nd Feb 2012.
this is recent announcement  at uitm student portal web..

but before 8am aku da check my email..dgn perasaan yg nervous..
aku pasti semlm ramai yang tidak lena tido..
tp aku lena je coz aku lupe yg result kua pagi ini.
bangun subuh td bru teringat..
alhamdulillah i achieved  my target for semester fourth..
at last!!i can recover my cgpa..
n for next sem hopefully my friends n i will get more higher cgpa..
inshaallah usaha, doa n tawakal..
u will gain what u pain..

congrats buat students uitm yang dpt result ok n yg x ok try again.. :)
for my friend syakirin anuar happy birthday.. ;)

Pemaaf

Aishah puteri kepada Rasullulah pernah berkata "akhlak Nabi adalah Al-Quran"
seperti yang kita sedia maklum akhlak Baginda memamng terpuji. jadi dalam post kali ni ingin aku berkongsi sedikit tentang salah satu akhlak mulia Baginda iaitu pemaaf. aku tahu aku seorang yang tidak layak bercerita tentang baginda namun tujuan aku mungkin dengan cara ini kita dapat menerbitkan rasa cinta dan ingatan terhadap baginda.inshaallah.

jika berbicara tentang sikap pemaaf Baginda, kisah penduduk Thaif ketika Baginda berdakwah sering menjadi dikaitkan. ketika Baginda berdakwah secara terang-terangan kepada penduduk Thaif baginda dihina, dipukul dan dilemparkan dengan batu tanpa belas kasihan oleh penduduk Thaif. Akibatnya, Baginda cedera sehinggakan badan Baginda berdarah. Darah Baginda banyak mengalir.

Para malaikat marah dan menangis kerana tidak sanggup melihat kekasih Allah diperlakukan sedemikian rupa. Malaikat bertanyakan kepada Baginda "izinkan aku untuk mengangkat mana-mana bukit dan aku tindihkan kepada penduduk Thaif". lalu jawab Baginda "jangan mereka kaum yang tidak mengetahui." Malaikat berkata kepada Rasullah Malaikat "jika sekali lagi darah kamu jatuh ke tanah aku akan mengangkat dan menindih bukit kepada penduduk Thaif ". Selepas itu Baginda mengumpulkan darah Baginda ke dalam kasut Baginda agar tidak jatuh ke tanah. Terlalu banyak darah sehingga berkocak didalam kasut baginda. Malaikat menyatakan 3 kali benda yang sama namun Baginda tetap bersabar dan memaafkan penduduk Thaif. 

Setiap kali aku dengar ustaz2 bercerita tentang peristiswa ini rasa tak tertahan airmata.

Begitu mulia sifat Rasulullah demi menyebarkan agama Allah.
banyakkan berselawat ;)

iman dan solat

Dari Abi Umamah R.A berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
"wahai Pesuruh Allah! apakah itu iman?
Baginda menjawab: "apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan merasa benci dengan amal keburukanmu, maka kamu adalah seorang yang beriman (mukmin).
(Hadis riwayat Al-Hakim)

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasullulah S.A.W pernah  "perbaharuilah iman kamu"
para sahabat bertanya: " wahai Rasulullah S.A.W bagaimanakah kami memperbaharui iman kami?"
Baginda bersabda: "perbanyakkanlah mengucap kalimah Lailahaillalah."
(Hadis Riwayat Ahmad, Tabrani dan At-Targhib)


Dari ibni Umar R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: " tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak ada wudhuk. dan tidak agama bagi orang-orang yang tidak sembahyang. sesungguhnya kedudukan sembahyang didalam agama adalah seumpama kepala kepada badan.
(Hadis Riwayat tabrani dan Targhib)

berapa kalikah kita berselawat hari ini?
berapa kalikah kita  mengucap kalimah Lailahaillalah pada hari ini?

Sunday, February 19, 2012

Al-Kauthar

surah  ke-108
terdiri dr 3 ayat (surah yang terpendek)
diturunkan di Mekah
Al-Kauthar bermaksud nikmat yang banyak atau yang lebih specific bermaksud sungai/telaga di syurga

terjemahan:
1: sesungguhnya, kami telah mengurnikanmu (wahai Muhammad) nikmat yang banyak
2: maka laksankanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah mendekatkan diri kpd Allah)
3: sesungguhnya orang yang membencimu (Muhammad) dialah yang terputus (dari rahmat Allah)

sungai/telaga Al-Kauthar ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
 Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 Pelbagai hikmah terkandung di dalam surah ini dan boleh dijadikan amalan:-

 a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
 b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
 c) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini     sebanyak 10x pada mata.
 d) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
e) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
f) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
g) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Milik siapakah telaga Muhammad ini?

for more info halaqah pada hari jumaat 24feb akan mengulas tentang telaga Kauthar ini bersama Dato' Nooh Gadut.jgn lupa saksikan..

amalkan membaca surah ini.inshaallah kita akan mendapat faedah seperti di atas.
(credit to my friends kat fb yang share pasal surah ni)

Saturday, February 18, 2012

Ya Habib Ya Muhammad s.a.w

salam kedamaian..

mood maulidur rasul masih terasa bahangnya kerana iklan dan rancangan ilmiah di tv sentiasa bercerita tentang kekasih Allah ini.. Muhammad bin Abdullah..diharapkan bukan hanya bulan rabiul awal sahaja kita mengingati baginda s.a.w namun diharapkan ingatan kita terhadap nabi kita ini sentiasa segar dan menjadi ikutan dalam setiap aspek kehidupan.semoga rasa kecintaan kepada baginda sentiasa bertambah.inshaallah..


Baginda penah bersabda "sesiapa yang mentaatiku nescaya dia telah mentaati Allah"
baginda adalah seorang sahabat,ayah,pemimpin,suami yang amat baik, sopan santun, lemah- lembut disayangi, adil, rendah hati dan patut perwatakannya boleh dijadikan role model.


baginda pernah bersabda "sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang bersopan santun terhadap isterinya"
~tidak bercakap kasar, sentiasa menolong isteri, menegur secara hikmah..
Aishah pernah berkata "Muhammad adalah suami terbaikku"

Aishah menceritakan jika baginda ingin minum susu, baginda memerah sendiri susu kambing dan jika baju baginda koyak baginda sendri akan menjahitnya.


pada suatu pagi baginda bertanya kepada Aishah: 
"Ya Khumaira (panggilan untuk Aishah) makanan apakah yang kamu sediakan pada pagi ini?"
dengan serba salah Aishah menjawab : "aku belum sediakan apa-apa"
baginda menjawab: "jika begitu aku ingin berpuasa sahaja hari ini"

baginda menjawab dengan penuh sopan tanpa perasaan marah terhadap isterinya..kepimpinan baginda sebagai suami harus menjadi ikutan.
~jangan lupakan banyakkan berselawat~ ;)

Friday, February 17, 2012

the greatest day

salam jumaat jika semalam hari khamis..
memandangkan hari ini hari jumaat so aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu tentang penghulu segala hari ini..jumaat is the greatest day..jika dibandingkan dengan bulan ramadhan hari jumaat lebih baik..
semua orang maklum pada hari jumaat seluruh muslim berkumpul untuk menunaikan solat jumaat 2 rakaat disertai khutbah sebelum solat..begitu besar fadilat dan pahala pada hari jumaat..

Nabi pernah bersabda: "sebaik-baik matahari yang terbit adalah pada hari jumaat"
"sesiapa yang mengamalkan 5 sunnah sebelum solat jumaat ia akan mendapat pahala seperti solat dan berpuasa selama setahun.antara sunnahnya ialah: mandi sunat jumaat, memakai pakaian terbaik dan bersih sebaik2nya putih kerana warna kegemaran nabi ialah putih, memakai wangian/losyen, berjalan kaki ke masjid jika jarak perjalan tidak jauh (setiap langkah akan mendapat pahala) dan yang ke-lima ialah duduk disaf hadapan dan bersedia untuk mendengar khutbah serta tidak bising".

selain itu, "para malaikat akan menjaga disetiap pintu masjid dan mencatat setiap nama yang secara berturutan dan barangsiapa sampai setelah khutbah dimulakan nama mereka tidak akan dicatat kerana malaikat telah selesaikan menjalankan tugasnya dan bersedia untuk mendengar khutbah".

"kita juga disunatkan banyak berselawat pada hari jumaat, sesungguhnya ia disaksikan oleh para malaikat" (hadis riwayat Ibnu Majah)

"sesungguhnya disunatkan membaca Surah Kahfi pada malam jumaat inshaallah kamu akan terlindung dari fitnah dajal dan dilindungi dari malapetaka sehingga tiba yang jumaat berikutnya"

tambahan: antara adab ketika mendengar khutbah ialah: menumpukan sepenuh perhatian, tidak berbuat bising, duduk berdekatan khatib, mengamalkan pesanan khutbah tersebut. aku juga pernah mendengar pernah kata jika kita berbuat bising ketika khutbah atau kita tidak menghadirkan diri untuk mendengar khutbah secara sengaja pahala jumaatnya tidak akan dikira.



jadikan amalan ;)

Saturday, February 4, 2012

12 rabi awal

salam maulidur rasul..
12 rabi awal 1433H

sudah satu sem aku x update blog ni..
no time n no intrnet..malas pun ada..
n kekadang xingt password..
last post aku tyme ari raya..
alhamdulillah da abes 1 sem lg..
bnyk mende yg aku belaja this sem..
anyway,i just warm up my blog..

one more things:
salam maulud,bnykkan berselawat..
nescaya tidak akan celaka kamu..
1x selawat=10x Allah berselawat ke ats kita..
amalkan sunnah rasul dlm setiap aspek kehidupan..
berpegang teguh dgn Al-Quran..
inshaallah selamat dunia akhirat..

plus; selamat hari lahir to my dad
kebetulan this year same hari dgn maulidur rasul..
moga Allah pnjgkan umur n murahkan rezeki ayh..
amin ;)