Pages

Friday, July 29, 2011

Tiger vs Singa

28 July 2011
8.45pm-10.45pm
Stadium Bukit Jalil,Kuala Lumpur

85000 penyokomg Malaysia n 500 peyokong Singapura..
Tp harapan kite berkecai..
im sure ramai yg bersedih dan hampa..
tp kalah menang tu adat..
mereka da cuba yg terbaik..
diharapkan sokogan peminat tidak terhenti di sini..

 Khairul Fahmi Che Mat..termenung penuh kehampaan..tp aku salute die cz mampu menyelamatkan bnyk percubaan gol dr singapore..


 Players Singapura kegembiraan selepas berjaya dengan agregat 6-4

 Safee antara pemain terbaik Malaysia



Go Go Malaysia!





Tuesday, July 26, 2011

The King of Stink


Salam..
post kali ni about the king of fruit or the king of stink which is Durian..this fruit very famous at Southeasts asia..aku pun gile durian!mmg best kot kalo mkn durian..perghh bau die mmg kuat..kalo xdpt mkn dpt bau jd la.. 
The fruits are large, yellowish green and thorny, and inside are soft, pungent, pale yellow aril. Durian comes from the Malaysian word duri, which means 'thorn', as the fruits are very thorny..
kalau jatuh kat kepala mmg msuk ward la..kalo sape yg x suke n x bole bau durian mmg rugi..rugi sngt2...hehe..alhamdulillah this year bnyk kali gak aku dpt mkn durian..mcm2 rase n mcm rupe..tp yg penting menjilat jari..tp kat hotel durian are not allowed pasal bau die..Biase musim durian saing dgn musim manggis..fuhh mmg best nikmat yg Allah bg ni..



mesti kite xprnh tgk kan durian isi colour merah cmni?ni durian from indonesia kalo xslp...tu la hebatnye ciptaan DIA..mcm2 ade..


 Ni durian n manggis...luar gelap tp dlm putih bersih..mmg best..fav fruit aku..
nyummyyyy... :)
 Haa ni baru local punye..yg paling famous kat malaysia is durain jenis D24 yg mmg kacuk..perghh rase die mmg best tp mahal la..kdg2 smpai rm10 sekilo..
Moh mkn durian!
Makan la buah-buahan tempatan... :)                                                  

Sunday, July 24, 2011

Grrrrrrr

salam..
bersamaan 19 July 2011 berlakula peristiwa yg menyayatkan hati aku...huhu
barang yg paling aku syg n penting dlm hidup aku hampir rosak disebabkan tgn damia..huhu..nape la mia buat mak de cmni..da la xde duit nk tuka spek bru..baru pkai xsmpai setahun da rosak..

ingtkan buat spek cmni susa rosak tp tgn mia gagah perkasa hampir nk patah spek aku..aku syg gile kat spek ni..huhu...1st tyme aku buat spek semahal ni..mlm tu aku nangis sepnjg mlm.sedey gile rasenye..geram pun ade rase nk cabut gigi damia..


Inilah jasa damia kat aku..buat khazanah la spek ni pasni..masuk muzium..ade sesape nk bg duit utk aku buat spek baru x?huhu..
sedih taw i..aku ni rabun.. 

adamia

salam..
da lame x syok cite pasal dri sndri..disebabkan ramai kwn2 yg tanye ape aku buat tyme cuti ni n di mane aku..ni jwpn die..alhamdulillah da hampir 3 bulan sem break..rase da naik berkarat otak ni pasal da lame x serabutkan otak dgn testes,assignments n quiz..nxt week da puase..so aku nk blik uma..nk spend tyme puase dgn mak ayh plak..da 4 thun xdpt puase same2..sedey taw duk jauh2..huhu..bkn sng nk dpt cuti waktu rmdhn xyah g cls..this year je dpt peluang ni..so aku nk gunakan sebaik mungkin..

now aku kat s.alam umah akak aku..da 2 bulan jd baby sitter..1stly aku takut aku xley nk adapt dgn tanggungjwb ni tp alhamdulillah semua ok..damia dpt adapt n rapat gile dgn aku..now die kat ward ppum..da 3 hari..cpt sht yea syg..2 bln lepas my nephew si adam 2 minggu kat ward hospital serdang..now damia's turn..cian budak2 ni..
mak nk blik!rindunye kat adam.. :(



Friday, July 8, 2011

Isa Al-Masih dan Maryam

salam..jika previous post aku post pasal nabi Musa dan yahudi tapi post kali ni pasal Isa dan Maryam..seorg Rasul yg juga diutuskan kpd kaum yahudi tetapi diangkat ke langit setelah cubaan kaumnya utk membunuh Isa..kisah nabi Isa dan Maryam merupakan bukti yg kukuh bahawa Allah itu Maha Berkuasa..
Kisah anak yg dilahirkan oleh Maryam  tanpa berkahwin dan beliau merupakan seorg wanita suci yg telah dipilih utk menjadi ibu kpd Isa..Antara tanda-tanda kekuasaanNya yg lain adalah Nabi Isa boleh berckp ketika dlm buaian, menghidupkan orang yang mati dan mengubati org yg buta..

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. [17] 
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya[18]
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa. [19]
Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakanseorang anak yang suci".[20]
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" [21]
Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. [22]
Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. [23]
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! [24]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. [25]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. [26]
"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana(Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini". [27]
Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! [28]
" Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" [29]
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?" [30]
Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. [31]
Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. [32] 
" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. [33]
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". [34]
Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya. [35]

banyak pengajaran yg kite dpt amik drpd surah ni..dan surah ni menjadi bukti kekuasaan Allah dan Allah itu Maha Esa dan Isa itu bkn ank Allah seperti yg dipercayai oleh agama lain.. 

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia. [36] Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul  lurus ".  [37]
(surah Maryam ayat 17-37) 

Thursday, July 7, 2011

kisah Nabi Musa dan Yahudi

salam..rindunye kat blog aku ni..lame gile x update..actually aku tgh pk nk post pasal ape..
so pk punye pk aku pilih tajuk ni..hopefully bermanfaat.. ;)
fyi, nabi musa diutuskan kpd kaum yahudi..Nabi Musa telah menolong kaum yahudi drpd kekejaman Firaun..tetapi as we know dorg kn mmg fasik,tamak n x kenang budi..
meh cite sket ye why yahudi nk sngt palestin tu..

Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".[21] 

(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".[22]

Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".[23]

Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"[24]

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".[25]

Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".[26]

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (disepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".[27]
(surah Al-Maidah ayat 21-26) 
inilah sedikit sebanyak yg aku dpt share.actually mereka xde tmpt pun kat bumi ni disebabkan kesombongan mereka..cerita ni bukan rekaan tp aku amik drpd tafsir Al-Quran..kalo nk tahu lebih lanjut plz refer to Al-Quran.. :)