Pages

Friday, February 17, 2012

the greatest day

salam jumaat jika semalam hari khamis..
memandangkan hari ini hari jumaat so aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu tentang penghulu segala hari ini..jumaat is the greatest day..jika dibandingkan dengan bulan ramadhan hari jumaat lebih baik..
semua orang maklum pada hari jumaat seluruh muslim berkumpul untuk menunaikan solat jumaat 2 rakaat disertai khutbah sebelum solat..begitu besar fadilat dan pahala pada hari jumaat..

Nabi pernah bersabda: "sebaik-baik matahari yang terbit adalah pada hari jumaat"
"sesiapa yang mengamalkan 5 sunnah sebelum solat jumaat ia akan mendapat pahala seperti solat dan berpuasa selama setahun.antara sunnahnya ialah: mandi sunat jumaat, memakai pakaian terbaik dan bersih sebaik2nya putih kerana warna kegemaran nabi ialah putih, memakai wangian/losyen, berjalan kaki ke masjid jika jarak perjalan tidak jauh (setiap langkah akan mendapat pahala) dan yang ke-lima ialah duduk disaf hadapan dan bersedia untuk mendengar khutbah serta tidak bising".

selain itu, "para malaikat akan menjaga disetiap pintu masjid dan mencatat setiap nama yang secara berturutan dan barangsiapa sampai setelah khutbah dimulakan nama mereka tidak akan dicatat kerana malaikat telah selesaikan menjalankan tugasnya dan bersedia untuk mendengar khutbah".

"kita juga disunatkan banyak berselawat pada hari jumaat, sesungguhnya ia disaksikan oleh para malaikat" (hadis riwayat Ibnu Majah)

"sesungguhnya disunatkan membaca Surah Kahfi pada malam jumaat inshaallah kamu akan terlindung dari fitnah dajal dan dilindungi dari malapetaka sehingga tiba yang jumaat berikutnya"

tambahan: antara adab ketika mendengar khutbah ialah: menumpukan sepenuh perhatian, tidak berbuat bising, duduk berdekatan khatib, mengamalkan pesanan khutbah tersebut. aku juga pernah mendengar pernah kata jika kita berbuat bising ketika khutbah atau kita tidak menghadirkan diri untuk mendengar khutbah secara sengaja pahala jumaatnya tidak akan dikira.



jadikan amalan ;)

0 comments:

Post a Comment