Pages

Tuesday, February 21, 2012

iman dan solat

Dari Abi Umamah R.A berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
"wahai Pesuruh Allah! apakah itu iman?
Baginda menjawab: "apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan merasa benci dengan amal keburukanmu, maka kamu adalah seorang yang beriman (mukmin).
(Hadis riwayat Al-Hakim)

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasullulah S.A.W pernah  "perbaharuilah iman kamu"
para sahabat bertanya: " wahai Rasulullah S.A.W bagaimanakah kami memperbaharui iman kami?"
Baginda bersabda: "perbanyakkanlah mengucap kalimah Lailahaillalah."
(Hadis Riwayat Ahmad, Tabrani dan At-Targhib)


Dari ibni Umar R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: " tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak ada wudhuk. dan tidak agama bagi orang-orang yang tidak sembahyang. sesungguhnya kedudukan sembahyang didalam agama adalah seumpama kepala kepada badan.
(Hadis Riwayat tabrani dan Targhib)

berapa kalikah kita berselawat hari ini?
berapa kalikah kita  mengucap kalimah Lailahaillalah pada hari ini?

0 comments:

Post a Comment