Pages

Tuesday, February 21, 2012

Pemaaf

Aishah puteri kepada Rasullulah pernah berkata "akhlak Nabi adalah Al-Quran"
seperti yang kita sedia maklum akhlak Baginda memamng terpuji. jadi dalam post kali ni ingin aku berkongsi sedikit tentang salah satu akhlak mulia Baginda iaitu pemaaf. aku tahu aku seorang yang tidak layak bercerita tentang baginda namun tujuan aku mungkin dengan cara ini kita dapat menerbitkan rasa cinta dan ingatan terhadap baginda.inshaallah.

jika berbicara tentang sikap pemaaf Baginda, kisah penduduk Thaif ketika Baginda berdakwah sering menjadi dikaitkan. ketika Baginda berdakwah secara terang-terangan kepada penduduk Thaif baginda dihina, dipukul dan dilemparkan dengan batu tanpa belas kasihan oleh penduduk Thaif. Akibatnya, Baginda cedera sehinggakan badan Baginda berdarah. Darah Baginda banyak mengalir.

Para malaikat marah dan menangis kerana tidak sanggup melihat kekasih Allah diperlakukan sedemikian rupa. Malaikat bertanyakan kepada Baginda "izinkan aku untuk mengangkat mana-mana bukit dan aku tindihkan kepada penduduk Thaif". lalu jawab Baginda "jangan mereka kaum yang tidak mengetahui." Malaikat berkata kepada Rasullah Malaikat "jika sekali lagi darah kamu jatuh ke tanah aku akan mengangkat dan menindih bukit kepada penduduk Thaif ". Selepas itu Baginda mengumpulkan darah Baginda ke dalam kasut Baginda agar tidak jatuh ke tanah. Terlalu banyak darah sehingga berkocak didalam kasut baginda. Malaikat menyatakan 3 kali benda yang sama namun Baginda tetap bersabar dan memaafkan penduduk Thaif. 

Setiap kali aku dengar ustaz2 bercerita tentang peristiswa ini rasa tak tertahan airmata.

Begitu mulia sifat Rasulullah demi menyebarkan agama Allah.
banyakkan berselawat ;)

0 comments:

Post a Comment