Pages

Saturday, February 18, 2012

Ya Habib Ya Muhammad s.a.w

salam kedamaian..

mood maulidur rasul masih terasa bahangnya kerana iklan dan rancangan ilmiah di tv sentiasa bercerita tentang kekasih Allah ini.. Muhammad bin Abdullah..diharapkan bukan hanya bulan rabiul awal sahaja kita mengingati baginda s.a.w namun diharapkan ingatan kita terhadap nabi kita ini sentiasa segar dan menjadi ikutan dalam setiap aspek kehidupan.semoga rasa kecintaan kepada baginda sentiasa bertambah.inshaallah..


Baginda penah bersabda "sesiapa yang mentaatiku nescaya dia telah mentaati Allah"
baginda adalah seorang sahabat,ayah,pemimpin,suami yang amat baik, sopan santun, lemah- lembut disayangi, adil, rendah hati dan patut perwatakannya boleh dijadikan role model.


baginda pernah bersabda "sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang bersopan santun terhadap isterinya"
~tidak bercakap kasar, sentiasa menolong isteri, menegur secara hikmah..
Aishah pernah berkata "Muhammad adalah suami terbaikku"

Aishah menceritakan jika baginda ingin minum susu, baginda memerah sendiri susu kambing dan jika baju baginda koyak baginda sendri akan menjahitnya.


pada suatu pagi baginda bertanya kepada Aishah: 
"Ya Khumaira (panggilan untuk Aishah) makanan apakah yang kamu sediakan pada pagi ini?"
dengan serba salah Aishah menjawab : "aku belum sediakan apa-apa"
baginda menjawab: "jika begitu aku ingin berpuasa sahaja hari ini"

baginda menjawab dengan penuh sopan tanpa perasaan marah terhadap isterinya..kepimpinan baginda sebagai suami harus menjadi ikutan.
~jangan lupakan banyakkan berselawat~ ;)

0 comments:

Post a Comment